Friday, May 22, 2015
0 comments

Bencinta 2015 – Episode 3

Bencinta 2015 – Episode 3 HDTV 720p x264
Bencinta mengisahkan Nabil (Fattah Amin) menjadi anak yatim piatu selepas ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun. Mak saudaranya, Maimunah (Sabrina Ali) menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggapnya sebagai seorang yang sial. Di sana, Nabil berkawan rapat dengan Aishah (Bella Dally) dan Ikmal (Azri).

Selepas setahun, Nabil menjadi anak angkat kepada Majid (Datuk Eizlan Yusof) dan Maria (Amy Mastura) yang tidak dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin. Walaupun hanya anak angkat, Nabil ditatang seperti minyak yang penuh oleh Maria. Majid pula sering membawa Nabil ke pejabatnya kerana mahu mendidiknya sebagai waris syarikatnya sejak usia muda lagi. Tidak lama kemudian, Maria mengandung. Malangnya, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila (Fathia Latiff).

Maria meninggalkan amanat kepada Nabil supaya menjaga Nabila dan mengahwini Nabila apabila mereka berdua dewasa nanti. Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang. Namun, sikap Nabil yang terlalu mengongkong telah menyebabkan Nabila mula memberontak dan bencikan Nabil.

Lalu, Nabila yang dahagakan kebebasan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nabila mengambil jurusan perniagaan kerana dia mahu mengambil alih perniagaan ayahnya daripada jatuh ke tangan Nabil. Nabila telah bercinta dengan Adam (Erwin Dawson) namun mereka terpaksa berpisah apabila Adam dipanggil pulang oleh keluarganya selepas tamat pengajian.

Selepas tamat pengajian, Nabila pulang dengan tekad dan azam baharu. Suasana di rumah sudah berbeza kerana Nabil yang lebih berkuasa. Nabil yang mengatur semua urusan memandangkan Majid sudah uzur. Nabila hanya bersabar dengan Nabil demi menjaga hati ayahnya. Kebencian Nabila terhadap Nabil bertambah apabila hanya diberikan jawatan biasa dalam syarikat ayahnya.

The post Bencinta 2015 – Episode 3 appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1Q17AS0

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top