Saturday, May 23, 2015
0 comments

Lelaki Harapan Dunia (2014)

Lelaki Harapan Dunia 2014 HDTV 720p x264
Lelaki Harapan Dunia ialah sebuah filem komedi drama yang mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.

Filem Liew Seng Tat yang dinanti-nantikan ini dahulunya dinamakan ‘In What City Does It Live?’. Filem ini telah menerima sokongan dana antarabangsa termasuklah dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Torino Film Lab (Itali), Hubert Bals Fund (Belanda), Netherlands Film Fund, World Cinema Fund (Jerman), Visions Sud Est (Switzerland), Fondation Groupama Gan pour le Cinéma – Cinefondation (Perancis), Prince Claus (Belanda), Mahindra Global Filmmaking Award di Sundance Institute, Sundance Institute Feature Film Program dan Doris Duke Foundation (Amerika Syarikat).

Liew telah mengembangkan filem Lelaki Harapan Dunia semasa di program Cannes Director’s Residence – Cinefondation lagi dan turut mengambil bahagian di Sundance Screenwriters Lab 2011. Filem sulungnya ‘Flower in the Pocket’ (2007) meraih beberapa anugerah dan hadiah di beberapa ajang filem festival antarabangsa termasuklah di Busan, Rotterdam, Fribourg, Deauville dan Pesaro.

The post Lelaki Harapan Dunia (2014) appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1PDuCnf

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top