Tuesday, May 26, 2015
0 comments

Puteri Bukan Nama Sebenar (2015) – Episode 3

Puteri Bukan Nama Sebenar 2015 – Episode 3 HDTV 720p x264
Puteri Bukan Nama Sebenar mengisahkan seorang gadis naif bernama Laila (Cristina Suzanne StockStill) membesarkan anaknya Adam seorang diri. Laila anak yatim terkontang-kanting menyara kehidupannya tanpa bantuan suami. Akibat tidak dapat membayar sewa rumah, Laila membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu.

Sikapnya yang lurus bendul menyebabkan dirinya ditipu oleh ulat tiket. Laila hampir-hampir tidak dapat menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur. Mujur ada Puteri (Effi Abdul Rahim) memberikannya tiket bas lebih. Ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru sahaja kematian suaminya, Mikail (Hafeez Mikail). Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya.

Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan lalu segera dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan Puteri dan bayinya meninggal dunia. Segala barang Puteri diserahkan kepada Laila. Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya di rumah besar tersergam indah itu, Laila terpegun melihat kemewahan rumah itu. Datin Zarina (Aida Khalida) dengan wajah serius menyapa Laila. Laila gugup seketika. Alisha (Faralyna Idris) tersenyum sinis melihat gaya Laila yang ala kekampungan. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang jejaka bermulut celupar Mirza (Syarul Ridzwan).

Siapa sangka di rumah agam itu, status Laila bakal berubah! Dirinya bukan lagi bernama Laila tetapi Puteri!! Puteri a.k.a Laila bakal mencipta sejarah di rumah itu.

The post Puteri Bukan Nama Sebenar (2015) – Episode 3 appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1chWzhV

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top