Friday, June 19, 2015
0 comments

Chef Ramadan (2015) – Episode 2

Chef Ramadan 2015 – Episode 2 HDTV 720p x264
Kisah bermula apabila Chef Azrin (Talha Harith) yang sudah meningkat usia 33 tahun masih lagi tidak mhair dalam asas mengaji. Dia nekad untuk belajar mengaji tatapi malu kerana usianya yang sudah meningkat.

Chef Azrin bekerja di sebuah hotel. Dia baru pindah di kawasan perumahan. Di kawasan perumahan itu terdapat tiga sahabat baik yang nakal tapi baik hati iaitu Amin (Firdaus Ghufran), Han (Fikry) dan Izy (Muntazar Ghufran).

Menjelang waktu petang, mereka akan belajar mengaji di rumah Ustazah Murni yang cantik. Chef Azrin sebenarnya mahu belajar mengaji tetapi segan kerana usianya sudah lewat. Jadi, Chef Azrin meminta tolong Amin, Han dan Izy mengajarnya. Sebagai balasan, Chef Azrin akan memasak untuk mereka. Selain berhibur dengan gelagat Chef Azrin dan 3 budak cilik, dapatkan juga menu masakan menarik untuk penyediaan juadah berbuka puasa.

Chef Azrin berkawan dengan seorang gadis bernama Munirah. Setiap kawan lelaki Munirah harus diketahui oleh ayahnya. Chef Azrin ke rumah Munirah untuk berbuka bersama keluarga Munirah.

Chef Azrin sebenarnya teringin untuk belajar bersama Ustazah Munirah tetapi ditolak kerana dia hanya mengajar budak-budak sahaja. Jika Chef Azrin benar-benar ingin belajar mengaji, ayah Munirah akan mengajarnya. Akan tetapi, Chef Azrin malu kerana dia tidak tahu tentang asas mengaji.

Keadaan menjadi semakin kelam kabut buat Chef Azrin apabila ayah Munirah mengajaknya berbuka puasa bersama. Sebelum berbuka puasa, ayah Munirah mengajarnya membaca Al-Quran. Tergagap-gagap dia membacanya. Di situlah baru Chef Azrin mengaku yang dia mahu belajar mengaji.

The post Chef Ramadan (2015) – Episode 2 appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1RgBqCK

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top