Sunday, June 14, 2015
0 comments

Dia (2015)

Dia 2015 DVDRip 720p x264
Dalam sebuah kampung di rancangan Felda Lasah, Sg. Siput (U), Perak, yang agak terpencil di sebuah negeri di sebelah utara, wujud sebuah Bistro ‘hiburan’ misteri yang telah menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan penduduknya. Bistro yang mula beroperasi jam 6:00 petang hingga ke dinihari ini diuruskan oleh anak jati kampung tersebut.

Bistro yang menyediakan ‘hiburan berkaraoke’ sebagai tarikan turut menyedia makan-minum seperti biasa. Pelanggan yang hadir kebanyakannya orang luar, termasuklah dari daerah Taiping, Ipoh, Manjung, Pulau Pinang dan Alor Setar. Begitulah hebatnya pengaruh dan popularity yang ada pada bistro yang dinamakan KENCHA BISTRO ini.

Penduduk yang kebanyakannya peneroka Felda pada mulanya tidak mengambil endah tentang kewujudan bistro tersebut kerana tidak mengganggu kehidupan mereka secara langsung kerana kedudukannya jauh di tengah ladang kelapa sawit.. sementelah bistro itu dikendalikan oleh Megat, ahli peneroka kampung itu juga.

Walaupun kedudukan Bistro tersebut jauh dari kampung tersebut dan tidak mengganggu penduduk secara langsung, keadaan mula berubah apabila beberapa orang penduduk yang lalu di depan Bistro itu pada waktu malam mendakwa melihat perlakuan yang tidak bermoral berlaku dalam bistro itu.

Penduduk kampung terutama yang merupakan peneroka awal perkampungan itu mula bersuara apabila ada beberapa penduduk setempat telah mula ‘gian’ dan ‘bermastautin’ setiap malam di bistro tersebut seolah-olah mereka seperti dipukau.

Akibat daripada itu, bistro itu telah beberapa kali diserbu oleh pihak berkuasa tempatan setelah menerima banyak aduan daripada penduduk kampung. Namun tindakan tidak dapat diambil kerana bistro tersebut mempunyai lesen yang sah dan pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti yang mencurigakan dibistro tersebut sebagaimana yang didakwa.

Jamel, Amirul, Pa’cai, Roje dan beberapa orang kampung masih tidak berpuas hati dan meneruskan usaha menyiasat apakah yang sebenarnya sedang berlaku di bistro tersebut. Berjayakah Jamel dan rakan-rakannya membongkar rahsia restoran tersebut lebih-lebih lagi apabila tindakan mereka telah mula membuat empunya bistro, Megat mula terasa terganggu dan diainaya.

Apakah yang sebenarnya sedang berlaku? Adakah benar kejadian tidak bermoral sebagaimana yang didakwa itu berlaku atau apakah ‘bistro’ dan ‘pelayan-pelayannya’ itu benar-benar wujud? Carilah jawapannya di dalam…. ‘DIA’ – ‘Dia’ Datang… Dengan Lenggang Lenggoknya…

The post Dia (2015) appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1GFZeym

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top