Sunday, June 28, 2015
0 comments

Mail Dan Sudin Sambut Ramadan (2015) – Episode 1

Mail Dan Sudin Sambut Ramadan 2015 – Episode 1 HDTV 1080p x264
Mail (Remy) merupakan samseng-lah-sangat di Kampung Selamat. Sudin (Shuib) pula kononnya-samseng di Kampung Beringin. Tiap-tiap hari kerja mereka adalah cuba mendajalkan antara satu sama lain akibat konflik lama ibu bapa mereka. Setiap kali mereka saling mendajal, orang kampung mereka lah yang dapat susah. Lebai Salleh (Mat over) sering menjadi tempat rujukan kedua-dua kampung disebabkan kedudukan rumahnya di tengah-tengah antara dua kampung itu, menyebabkan Lebai Salleh tidak memihak. Anak Lebai Salleh, Mawar (Sari Yanti) pula diminati oleh Mail dan Sudin.

Sehinggalah pada satu hari, Mail dan Sudin dituduh orang kampung mengecat tandas surau dengan warna pink. Akibat tak puas hati dgn tuduhan orangg kampung, mereka berusaha untuk mencari siapa sebenarnya yang mengecat tandas surau mereka itu. Sehinggalah mereka mencari bomoh yang sedang bertapa dalam hutan, sehari sebelum puasa. Malangnya, kedua-dua mereka tersesat dalam hutan. Mahu tak mahu, Mail dan Sudin yang baru terserempak dalam hutan perlu bekerjasama untuk mencari jalan keluar yang tak dijumpai. Semasa dalam hutan itulah, keinsafan menerjah diri mereka berdua.

Di kampung mereka pula, ingatkan sudah aman sebab ketiadaan Mail & Sudin. Tetapi tidak. Kedua-dua kampung asyik bergaduh, lawan antara satu sama lain untuk tunjuk siapa lebih ‘alim’ dalam mengimarahkan bulan ramadan. Isu-isu imam terawih, khatam Al-Quran, majlis buka puasa, derma ramadan, hatta nak pasang pelita pun kedua-dua kampung masing-masing nak lawan dan tunjuk hebat.

The post Mail Dan Sudin Sambut Ramadan (2015) – Episode 1 appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1JiaK2T

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top