Sunday, August 2, 2015
0 comments

Lawak Ke Der (2015)

Lawak Ke Der 2015 HDTV 1080p x264
Tirai pementasan Lawak Ke Der 2015 dibuka kira-kira pukul 8.30 malam dengan persembahan tarian menerusi lagu popular Beyonce iaitu Who Run The World oleh Sherry Alhadad mendapat tepukan gemuruh penonton. Sherry yang bertindak sebagai perantara memperkenalkan pelawak pertama iaitu Reyza Mukmin dan diikuti persembahan sketsa tentang kenduri kahwin daripada Fad, Achey dan Abam.

Sketsa gandingan trio ini sememangnya mampu membuatkan penonton tidak kering gusi dengan gelagat bersahaja kumpulan Bocey tersebut. Seterusnya, kemunculan pelawak berbangsa Cina Douglas Lim antara ditunggu-tunggu penonton yang pernah menyaksikan pementasan Lawak Ke Der sebelum ini. Douglas kali ini menyentuh beberapa topik semasa seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), gangguan seksual, pendidikan dan perbelanjaan wanita menarik perhatian penonton untuk terus fokus kepada lawak yang dipersembahkannya. Beraksi dengan pelat Cina, Douglas berjaya membuatkan penonton terhibur sepanjang persembahan stand up comedy yang dilakukannya selama kira-kira 15 minit.

Sementara itu kemunculan Afdlin pula banyak bercakap tentang fizikalnya dan keistimewaan menjadi seorang lelaki gemuk. Malah, dia turut menyentuh tentang perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan Kevin Zahari yang sebelum ini menegur Abam (Bocey) berhubung ungkapan ‘Gemuk Is Awesome’. Bagaimanapun, nyanyian dan topik akhir Afdlin tentang golongan wanita yang meminati drama-drama telenovela seperti Rosalinda, Betty La Fea dan Mistress Hermanas dilihat agak lapuk kerana perkara tersebut menjadi fenomena lebih 10 tahun lalu.

Sementara itu, kemunculan Harith Iskander turut mengegarkan pentas dengan topik penggunaan Waze, dan Instagram yang menjadi ketagihan masyarakat Malaysia. Harith juga menyentuh beberapa selebriti tempatan yang berjaya mendapat pengikut ramai menerusi populariti dan kecantikan mereka. Malah, Harith turut membuka beberapa gambar Instagram dan komen-komen pengikut artis yang menulis komen tidak sepatutnya seperti menjual produk mereka. Di akhir pementasan, satu video khas buat Allahyarham Harun Salim Bachik ditayangkan bagi memperingati jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam industri komedi tanah air.

The post Lawak Ke Der (2015) appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1Ih0t4l

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top