Tuesday, August 18, 2015
0 comments

Melrose (2015)

Melrose 2015 HDTV 1080p x264
MELROSE mengisahkan tentang dendam seorang isteri terhadap suaminya. Mira (Nadiya Nisaa), berdendam dan berniat membunuh suaminya Dr.Zawawi (Remy Ishak) atas kematian anak mereka, Melrose.

Krisis terjadi apabila Mira mengandung dan Dr.Zawawi tidak mahu bertanggungjawab. Atas desakan, mereka berkahwin dan tinggal di London. Pada suatu hari, Melrose menyambut ulangtahun kelahirannya dan dalam masa yang sama, Dr.Zawawi mendapat panggilan yang pesakit di bawah jagaannya tenat.

Kerana tugas, Dr.Zawawi bergegas hendak ke hospital tanpa menyedari Melrose bermain di belakang kereta, tanpa disengajakan Dr.Zawawi telah melanggar anaknya, dan lebih menyedihkan Melrose meninggal dunia. Akibat peristiwa itu, Mira dan Dr. Zawawi kemudian bercerai.

Mira yang menyangka kemalangan itu disengajakan, merancang membunuh bekas suaminya. Mira mengupah Hussein (Azhar Sulaiman) untuk melakukan tugas itu. Hussein mencampak Dr.Zawawi ke sungai dan menyangka Dr.Zawawi telah mati, tetapi Mira mendapat tahu suaminya itu masih hidup.

Mira kembali mendesak dan membayar Hussein untuk mencari Dr.Zawawi yang melarikan diri ke London, dan menyuruh Hussein membunuhnya. Tetapi Hussein hanya mengambil duit dan menyuruh Palau (Shazwan Zulkifli) untuk melakukan tugas tersebut.

Palau yang sudah bertaubat dalam dilema kerana isterinya Linda (Anzalna) sakit tenat dan memerlukan rawatan segera. Akhirnya Palau menerima tugas itu dan pergi ke London. Semasa di London dia telah bertemu dengan Dr.Zawawi dan bersepakat membantu Dr.Zawawi mendapatkan anaknya, Mikail. Dr.Zawawi berjanji akan menanggung kos perubatan Linda.

Kejadian makin rumit apabila Palau mati ditembak Hussein, dan Dr.Zawawi berjaya mendapatkan Mikail dan membawa anaknya itu ke London. Apakah kesudahan cerita ini? Adakah Mira berjaya membunuh bekas suaminya itu?

The post Melrose (2015) appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1HVabIn

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top