Saturday, November 21, 2015
0 comments

Juvana 2 (2015)

Juvana 2 2015 HDTV 1080p x264

Filem Juvana kembali dengan sekuel terbaru dengan judul Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan. Masih lagi mengekalkan pelakon utama mereka iaitu Zahiril Adzim, Johan As’ari, Adam Shahz dan Sheira Aiyob. Turut membawa penampilan baru Pekin Ibrahim, Nad Zainal, Hasnul Rahmat, Azwan Kombos dan ramai lagi. Filem Juvana 2 arahan Faisal Ishak akan menemui penonton di pawagam mulai 29 Oktober 2015.

SINOPSIS JUVANA 2
Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara yang sering mengatakan Daim hanya membuang masa apabila masih bergaul bersama-sama rakan-rakan dari Sekolah Wira Bakti.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

The post Juvana 2 (2015) appeared first on ACG-TUBE.



via ACG-TUBE http://ift.tt/1I3dOTF

0 comments:

Post a Comment

WwW.FilemPower.TK

 
Toggle Footer
Top